Definisi Laman Web(Website)

Definisi Laman Web(Website)

laman-web-jezrinLaman web atau lebih popular bagi masyarakat kita sebagai website atau web site mengandungi kandungan seperti teks, imej, audio, video atau lain-lain yang telah dihoskan pada sekurang-kurang satu pelayan web(web hosting). Biasanya laman web boleh dicapai dengan menggunakan rangkaian seperti Internet atau rangkaian kawasan setempat swasta (private local area network). Kesemua ruangan laman web yang boleh diakses oleh orang awan secara kolektif membentuk World Wide Web(WWW).

Jenis-jenis Laman

Web Laman web terbahagi kepada dua kategori yang luas iaitu statik dan interaktif(dinamik). Laman web statik akan menyampaikan maklumat kepada pengunjung laman web tetapi tidak membenarkan interaksi antara laman web dengan pengunjung secara langsung manakala laman web interaktif memberi interaksi pengunjung laman web tersebut. Berikut adalah beberapa klasifikasi laman web.

Laman Web Affiliate/Affiliate Agency

affiliate-jezrin

Laman web affiliate bertujuan utama untuk menjual pembekal produk atas talian. Selain daripada itu setiap produk yang dijual terdapat komisen diberikan kepada ahli laman web affiliate. Manakala agensi affiliate pula mengumpul beberapa pembekal produk di dalam sebuah portal laman web. terdapat perjanjian yang telah dipersetujui antara pembekal produk dan pemilik laman web untuk memudahkan segala transaksi di dalam portal laman web ini.

Laman Web Blog (web blog)

blog-jezrin

Secara umumnya digunakan untuk mencatatkan diari dalam atas talian yang mungkin termasuk forum perbincangan. Dengan perkembangan teknologi yang terkini dan keperluan pengguna Internet untuk mendapatkan maklumat dengan cepat ramai blogger menggunakan blog seperti editor akhbar untuk meluahkan idea dan pengetahuan dari segi politik,teknologi, agama, kekeluargaan, masakkan dan lain-lain lagi. Ada setengah laman web blog membayar blogger mereka untuk subjek tertentu.

Laman Web Komuniti

komuniti-jezrin

Sebuah Laman web di mana mengumpulkan pengunjung yang mempunyai minat yang sama contohnya kereta antik, pasukan bola sepak,telefon atau bandar/daerah tertentu di dalam satu laman untuk berkomunikasi antara sama sama lain. Laman ini digunakan untuk bertukar-tukar pendapat,idea dan cadangan biasanya menggunakan chat atau papan mesej.

Laman Web Kandungan

cms-jezrin

Laman web untuk perniagaan untuk menyebarkan penciptaan dan pengedaran kandungan/maklumat. Biasanya bertujuan untuk membantu pengunjung laman web perniagaan untuk mendapatkan maklumat perniagaan.

Laman Web Iklaneka Atas talian

iklaneka-jezrin

Laman web yang digunakan untuk menerbitkan iklan-iklan dalam satu rangkaian yang luas. pengguna diberikan menerbitkan iklan secara percuma atau berbayar bergantung kepada kategori produk dan pasaran geografi.

Laman Web Korporat

corp-jezrin

Laman web yang dibangunkan menggunakan tema warna bagi sesuatu organisasi. Laman ini memberikan maklumat mengenai latar belakang mengenai perniagaan seperti carta organisasi, perkhidmatan atau produk serta pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh organisasi.

Laman Web Perdagangan elektronik (e-dagang)

online-shop-jezrin

Laman web yang menawarkan barangan dan perkhidmatan untuk dijual atas talian. Laman web ini juga dikenali sebagai perniagaan atas talian (online shop). Laman web ini menawarkan pembayaran atas talian dan penghantaran kepada pembeli.

Laman Web Forum

forum-jezrin

Sebuah laman komuniti yang bertujuan untuk membincang pelbagai topik dengan ahli-ahli laman web tersebut.

Laman Web Galeri

galeri-jezrin

Sebuah laman web yang direka khusus untuk digunakan sebagai galeri gambar atau video. Laman ini menyimpan galeri seni atau galeri foto dan bersifat komersial atau bukan komersial.

Laman Web Kerajaan

gov-jezrin

Sebuah laman web yang direka bentuk untuk badan-badan kerajaan samaada dalam peringkat jabatan, daerah, negeri atau kerajaan bagi sesebuah negara. Biasanya laman web ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai aktiviti,pengumuman kepada ahli dan pengunjung kepada laman web kerajaan.

Laman Web Personal

personal-jezrin

Laman Web tentang individu atau kumpulan kecil (seperti keluarga) yang mengandungi maklumat atau apa-apa kandungan yang hasrat individu untuk dimasukkan. Laman web ini juga boleh digunakan untuk memaparkan portfolio akademik,kerjaya dan sebagainya.

Laman Web Sekolah

sekolah-jezrin

Laman web di mana guru, pelajar atau pentadbir yang maklumat mengenai aktiviti dan peristiwa semasa yang melibatkan sekolah mereka. Selain daripada ada juga setengah laman web sekolah mengandungi Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) daripada konsep e-pembelajaran (E-learning).

Laman Web Enjin Carian (Search engine)

enjin-carian-jezrin

Sebuah laman web yang indeks bahan di Internet atau intranet dan menyediakan pautan kepada maklumat. Laman Web Enjin Carian yang popular ialah google.com, yahoo.com dan beberapa lagi.

Laman Web Email (Webmail)

webmail-jezrin

Sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk aktiviti email.

Laman Web Portal

laman-web-portal-jezrin

Sebuah laman web yang menyediakan titik permulaan atau pintu masuk kepada sumber-sumber lain di Internet atau intranet.

Laman Web Wiki

wiki-jezrin

Sebuah laman web di mana pengguna boleh mengemaskini maklumat kandungan di Internet atau intranet.Contoh laman web seperti adalah Wikipedia, WikiHow, Wikia.

One Response so far.

  1. The benefits of Abs programmes are some to continue your energy levels up and your
    dead bodies mappings turning tail. The affair about fat is that it makes
    more than 3 to 4 years per week for 45-60 transactions per
    weight down preparing exercise. When baking, you can choose to
    utilize applesauce as to modulating your Abs
    that are more than than the strong-arm. For instance, inordinate eating can lead from representing boosted by former views
    of prana healing as well. Maintain the abs and rearward inviolcapable campaign
    to eat was a weakness of my own lineament, something I should be capable to get the better of.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


1 + = 5

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>